This My Cool Friends

Saturday 31 December 2011

@)!@ = 2012 mengganti 2011 = @)!!

Assalamualaikum! Ye tahun baru dah sekarang ni jadi? 2011 dah kebelakang muncul 2012 TETAPI, adakah kita semua akan kekal sama seperti berada di 2011?

hehe saja je bagi persoalan

Tahun 2011 ni banyak meninggalkan kenangan kat aku, pahit yang mmg pahit habis! manis yang mmg sangat manis :) tapi itu semua dah lalu jadi yang lepas tu lepaslah kena maju ke depan, yang tinggal belakang ni nak toleh boleh, amek pengajaran dan peringatan untuk hadapi ujian 2012 pulak.

So jom imbas 2011 aku jap, yang pahit ke yang manis dulu ni? hmm~ lepas rasa pahit baru kenal manis betul tak? so pahit dlu lar :)

Kenangan Pa-heat 2011 - Awal tahun, dapat masuk PLKN hahaha, lepastu~, owh pasal budak yang               bertunang tu ;), next! banyak dah masuk dalam part belajar time asasi, pointer yang hampeh...adess, sem 2 lak frustration pada awal sem yang trok (: I) mmg trok! banyak lagi yang jadi tapi dah digest pastu buang so tak ingat hahahaha

Kenangan Ma-niece 2011 - PLKN un ade gak kenangan ma-niece nya, dapat kenal ngan dak tu HAHA, dapat friends baru dan kenal banyak orang, banyak belajar new things and stuff, after that SPM yay alhamdulillah xtrok sangat okay lar, next is dapat pergi foundation alhamdulillah dapat gak further study walaupun tak tau nasib asasi ni skarang HAHA! (-__-lll), so asasi lagi, dapat la aku wat kawan baru banyak jugak dari negeri yang berbeza, owh Leha un kelas aku wah! xsangka! HAHA sol~ xleh bla, akhir sem1 ehem,hmm,ehem ehem, HAHA jumpa orang lain pulak~  penolong kelas aku haha, doalah ape-ape yang baik ya ;p

So untuk 2012! Harapan aku, kira wish la ni, nak jadi lebih baik dari 2011 dan aku jugak mendoakan saudara-saudara menjadi lebih baik untuk 2012, yang xpakai tudung tu boleh la cuba-cuba pakai tudung, xpe just give it a try, mane tau tiba-tiba rasa selesa dan cintakan hijab? :) Tutuplah aurat sebelum ditutup dgn kain kapan. Aku jugak mengharapkan kita sesama muslim untuk saling mengingati, siapa lagi yang nak jaga muslimin dan muslimah yang lain kalau bukan kita sendiri, berpesan-pesanlah kepada kebaikan. Hehe semua ni peringatan untuk saudara-saudara yang aku cintai dan untuk diri aku jugak :) amin, insyaAllah

Itu je untuk post kali!! :) Assalamualaikum~

Wednesday 28 December 2011

Coretan Berisi

Assalamualaikum, whats up guys? its just some cloud. Just some cloud? come on! it give us shade and make the rain fall on us and you just say it just some cloud? Be grateful.

So basically, tiada idea untuk menaip blog jadi merepeklah saya ya tapi bermanfaat sikitlah repekannya.

Jadi, kadangkala kita rasa hidup kita susah, tak bermaya macam zomba zombi. Benda ni jadi jugak dekat aku, tapi dalam masa-masa susah camni, aku terfikir orang yang lagi susah daripada aku, banyak, sangat banyak orang yang kehidupannya lebih sukar berkali-kali ganda daripada aku, yang mungkin! kalau aku ditempatkan ditempat mereka aku tak akan dapat hidup.

Setiap manusia diuji dengan perkara yang berbeza oleh Allah. Sesungguhnya ujian yang datang adalah tanda kita masih disayangi oleh Allah. Janganlah asyik kita membandingkan diri kita dengan orang lain, sebaliknya bersyukurlah dengan apa yang kita ada sebelum Allah menariknya kerana kejahilan diri sendiri.

InsyaAllah, peringatan ini untuk diri saya sendiri dan mereka yang membaca atau terbaca. Alhamdulillah!

Friday 23 December 2011

Again, cek cek testing~

Assalamualaikum, okay again, lama gila tak update blog nih!! Busy? bolehlar setelah hampir sebulan tidak online karena internet tiada dan tiada kesempatan haha

Lama tak balek rumah, tau tau jer adek aku dah pandai masak, sedap plak tuh! hahah bubur lambuk la macam2 lar budak ni masak, tapi time aku takde cane nak rasa!! Meh, masak lagi woi!

Unifi bermaharaja lela dalam rumah ni sekarang oh yeah! tapi agak xstabil lagi normal la benda baru kan lama okay lar tuh.

Oh penambahan ahli keluarga :) bukan aku kahwin, Sepupuku selamt melahirkan anaknya!! Seorang lelaki yang diberi nama Aidan Wah~ comel gila budak nih tapi kecik je budak nih 2.7 KG time lahir, quite normal i guess aku pun time lahir 3KG  sekarang, maintained at 70KG HAHA

Owh sem2 ni mmg tough tak tipu aku frustrated banyak kali, rasa tension gila nak breakdown pun ade but alhamdulillah aku jumpa semangat baru yang buat aku rasa nak blaja je tiap2 masa :). Cha, (nama orang nih) banyak tolong aku time2 camni, sangat membantu, but kalo aku sendiri tak tolong diri aku siapa lagi nak tolong kan? haha dalam masa2 camni aku belajar untuk sabar sabar dan terus bersabar. Selagi hidup selagi itulah ujian dari Allah akan datang.

Okay rasanya takat ni dululah aku update nnt aku update lagi insyaAllah~ Owraite!

Wednesday 2 November 2011

Intro Semasa!!

Assalamualaikum! Greetings fellow human and android and robots.

Because of not updating for such a long time, I guess I will write about my current status and issue that will not turn into tissue

So for 6 month for semester 1 in UITM Puncak Alam so may things were running on.

Ces title dalam BM taip BI ape masalah dak nih? (-__-lll) ske hati lar

Kat palam aku masuk group F2 yang dipenuhi ngan makhluk2 dan manusia2 yang aneh...maksud aku normal je diorang nih. Awal-awal masuk cam segan2, malu2 kucing tak mandi, tapi lama2 okay la. Secara tidak sengaja aku dilantik jadi Ketua kelas, Class rep, Wakil kelas, samalah ape2 pun nak panggil jawatan ni. Awal2 kena mmg rasa malas lar nak wat benda2 nih tapi dah dipaksa so cuba jer lar. "Senang sahaja agaknya kerja wakil kelas", hatiku berkata (mode: novel jap HAHA). Ya Allah! bukan senang tak duduk diam aku dibuatnya ade je kerja yang nak kena buat tapi kerja2 tu kerja yang senang dan kebiasaannya ialah memfotokopi nota2 dan assignment yang berhelai-helai (biasanya dalam 100min - 900+max helai). Group F2 ni ade 29 orang mula ade 31 tapi mereka sudah keluar dan mendapat tempat belajar yang lebih bagus Alhamdulillah.

Enough for that, (ape ni tukar2!? sukew hati lar ) about my current studies in fountain!? NO! its foundation in science. Its kinda tough well maybe because of me lacking concentration in lecture and stuff and stuff...well there yea go, the final exam for semester 1 is over and yea tomorrow is the result. If my pointer is low than its a point of no return to semester 2 for foundation in science, I will be taking diploma if the pointer is lower than 2.00 and if I failed a subject, I need to take the retest and its sucks! (nobody like re-test admit it) so hopes that everything turned out to be "okay" as in "okay" (errr..what is this? HAHA (@_@) nvm) so yea thats what going on and SOMEBODY LIKED ME!! OHOHO (^_^) yea of course they like my status/comments in Facebook HAHA (about this person Ill tell yea later) :3

see yea later, Peace and Dive out !!

Monday 31 October 2011

Rise!!! RISE!!!!!

Assalamualaikum peace be upon you!!

Eh? eh? EH!!! lamanya tak update blog aku nih!!!
HAHA kenapenye aku tak update blog nih? well its been awhile and I kinda like having many things going around me and I forgotten bout this blog ehehe (@_@)

BUT!! now I will start to write it back haha

And I dont really know what I am supposed to write...awkward~ heh!

Seriously people, I MISS BLOGGING so I will write something later on (^_^) yeah bit busy right now HAHAHA

cya guys later!! Rogayah and Out! err... Roger and Out!! (>_^)

Tuesday 17 May 2011

One Step je lagi

Salam! uish lama aku tak update blog aku nih! Memang pun!

Haha bukan ape aku busy sikit je. Ye la nak start masuk blaja kat universiti an. Semua orang ade masalah yang sama busy nak siapkan segala-gala barang yang nak dibawa ke Uni. Tapi sampai sekarang borang aku tak siap-siap isi lagi sebab aku baru je betul-betul decide nak masuk UiTM. Haha..konflik konflik konflik susah betul nak decide maklumlah pilihan ni akan effect hidup kita dan seterusnyakan

So my friend out there, whatever you do or wherever you go, oversea or local jagalah diri baik-baik. Agama of course jangan tinggal itu je saham akhirat kita. haha Harta dunia di dunia pakai, Amalan kat dunia bawak sampai mati. :)

By the way, aku tak dapat tajaan MARA haha aku tak kisah sangat pun. I've done my best in the interview but still does not up to their expectation. Of course la aku kan nak amek medic but dalam group aku yang banyak dapat pun is engineering. Maybe lagi senang nak dapat kalo engineering kot? Ntah la biarkan asal aku bahagia sudeyh

group mara interview aku haha

Oh yeah ape aku buat cuti baru-baru ni? haha takda pape aku cuti ngan family kat PD je. Seronok malam sabtu aku kena buli dengan budak-budak kecil "monster" haha comel-comel tapi ganas! tak ar lasak sket je haha. Aku kena simbah ngan ayak sejuk ditambah ngan pasir isk isk 4vs1 kalah la aku huhu. Malam tu BBQ ngan family kawan ayah aku, Uncle Faisal huhu sedap gile ayam dan kambeng makan tepi pantai ditiup bayu oh indahnya~ bila dapat nak kuar ngan family lagi camni hehe 

aku bersama monster2

yang baju oren mastermind (kakak diorang)

jangan tertipu ngan muka-muka comel :3

seronok mereka buli aku

main pasir buat macam-macam sculpture 

aku pulak nak main pasir haha

muka dah penat dah makcik2 nih haha


Sunday 8 May 2011

Strolling Di Persimpangan

Salam! ^_^

Harap korang semua sihat-sihat belaka disamping dipermudahkan segala urusan duniawi dan ukhrawi korang. 
Saja nak post sebab rasa agak bosan. So today, aku pergi JPN kat putrajaya "JPN ape?" -__-lll Jabatan Pendaftaran Negara la cik!! Haha. Memandang kan usia aku dah mencicah oops mencecah 18SG/SX/U? segala-galanyalah!! Aku pun memperbaharui MyKad aku yang bergambar tembam tembam tembam masa aku darjah 6. Tiap-tiap kali aku tunjuk aje gamba tu kat orang reaksi muka macam-macam "EH!/WAH!/BIAR BETOL!" yea yea aku tau dulu aku montel (comel+gemok) huahuahua sekarang dah lain an? 

Dah 18 tahun aku hidup kat dunia ni. Hmmm macam-macam benda aku tengok dan experience serta belajar.
Sekarang dah sampai ke satu jalan yang bercabang-cabang.

Offer yang aku dapat : UiTM puncak alam - Asasi Sains <<<<<< aku gi sini
                                   Matrikulasi Perak   - Sains
dan 2nd call untuk interview MARA ni. 

One of my member does not get any offer and I am feeling very bad when she asked me where I get. Come on! Korang sendiri akan rasa bersalah kalau nak bagitahu yang korang dapat mana-mana offer..Hmm realiti memakan fantasi. Apa yang dapat aku berikan hanyalah kata-kata semangat dan nasihat supaya dia dapat bangun dan membakar semangat baru. 

X-tra~

"Aku dapat tempat sama ngan ko" ala-ala beginilah bunyi mesej yang aku terima haha. Daripada siapa? Oh ni daripada Fi (bukan nama sebenar) Haishh~ aku bukan ape..ok ok reaksi 1st bila baca mesej nih.. (>.<lll) takkan sama kat puncak alam. Asek sama je! Seriously aku rasa menyampah bukan suka. Aku mengharapkan masuk U ni takda la cek nak nampak muka depa lagi tapi last-last sama juga. Aku hanya merancang Allah yang menentukan. Takdir-takdir sebegini rupanya coretanmu. Tapi still!! Last hope kalo dia dapat MARA dia akan Fly hehe. Jujurlah aku tak benci atau menyampah ngan dia cuma tak selesa je ntah tak tahu kenapa. Nampaknya kesabaran aku akan teruji lagi huh! Takpe Allah Knows The Best :) 

p/s: Bagi mereka yang diluar sana. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Bersyukurlah pabila mendapat keuntungan dan ujian nescaya Allah akan melipatgandakan ganjarannya. 
Tunggu-tunggu num 0103

ada 3 aras

dibahagikan mengikut fungsi 

belalang kunyit yang hampir pupus kot tak nampak sangat dah



Thursday 5 May 2011

Rayuan diterima

Last 2 weeks I went to the MARA HQ near SOGO. That time I was trying to make a petition because I didnt get the interview.

Alhamdulillah setelah dua minggu hari ini baru dapat 'sms' dari pihak mara menawarkan temuduga bagi biasiswa PILN dan PIDN tapi still aku rasa cam...tak berapa happy. Aku tak tau kenapa rasa macam ni. Pelik..ye aku bersyukur dapat cuma aku tak boleh nak rasa HAPPY kenape huh?

Well..anyway anyhow anywhere. Sekarang aku nak kena berhempas pulas untuk temuduga ni. Oh lupa, still ade esei juga yang disuruh buat. Esei esei esei yeargh untuk kali ini ok aku buat.

Aku juga agak terkilan dan sedih sedikit pasal rayuan mara ni. Actually, rupa-rupanya banyak orang tak tahu boleh buat rayuan mara..Its sad :( sepatutnya beritahulah di website mara tu. Chiss~

Apa-apa pun aku doakan member-member aku yang lain akan berjaya dalam kehidupan korang. Mungkin korang tak perlu interview2 ni untuk capai kejayaan korang. Allah knows the best. Maha Pemberi Rezeki yang memberi rezeki tidak kira sesiapa mahupun apa-apa. Dont give up member-memberku aku tahu korang akan berjaya kelak. InsyaAllah kejayaan dalam genggaman kita semua :))

p/s: thanx untuk mereka-mereka yang selalu support saya dan memberi kata-kata nasihat yang membangunkan saya dari kejatuhan dan keselesaan tidur :) banyak sangat orang sebenarnya, shark, padi dan semua rakan-rakan

sedikit kata2 hikmah:

Tidak pernah meninggalkan kita walaupun sesaat 

Cuba lihat nikmat-nikmat lain

Allah Maha Mengetahui

Wednesday 4 May 2011

Chin-Chin

Short post~
Setelah beberapa minggu akhirnya siap juga benda bulat bertatah delima ni
Pelik, I never asked for a ring but then i got the offer "Nak cincin tak?"bapaku
Haih~ orang offer nih nak ke tak nak tapi ni cincin lelaki leh ke pakai huh?

Try jap sarungkan kat jari, nak masuk senang nak keluar susah cam nak kena letak minyak pelincir atau kahak haha sendiku agak besar.

Walaupun cincin berbatu tapi bukan emas kadangkala aku masih ragu-ragu ye ar bab-bab agama ni
tak power sangat. Apa-apa pun aku dah ade cincin (-__-lll)

p/s: rasanya lagi elok kalau bapak aku kata "Nak cincin tunang tak?" HAHA gatal bak kata shark nak bagi bini makan ape? pasir? hahaha

Chinchin delima 

Wednesday 27 April 2011

Failure~But edible and yummy

Eh sarapan roti jer hmm~
So dengan harapan nak makan sedap-sedap sikit aku pun ke dapur dan awalnya nak goreng telur. Time ni minyak dah panas tapi rupanya telur dah ABES!! -__-ll

Alamak~ minyak dah panas nih. Akhirnya aku amek butter+cheese+susu HL+daun basil. @_@ ape nih!!?

Ini adalah satu daripada experiment memasak aku dan kalini. It was a failure tapi still it was delicious when eaten. Cheese tu dah jadi cam daging so sedap gak ar haha nampak gayanya aku still need MORE practice! 
haha 
Ni salah satu exp sebelum ni dah ini mmg sedap :) haha

Ni yang pagi tadi sedap lar jugak tapi leh makan dua keping roti jer yang ketiga aku dah start BHUARFg~ muak

Terbaik malam tadi :D

Woohoo
"Hello,assalamualaikum,mus weyh ko pergi join budak-budak ke malam nih?"
"Aaah ko jadi tak? Aku nak datang amek"

Pergh memang aku tak sangka aku dapat kuar memalam buta kol 2345 cuak niyh lom tanyer bapak aku lagi. Ingatkan mula-mula tak bagi skali tanye dapat pulak! :) :) aah gembira kepalangnya bukan. Pack kasut,tukar baju tunggu mus datang

Lama gak ar tunggu busy dak uh haha tapi asalkan datang ok lar.

Naik keta pastu ngat nak teros pergi tapi dak2 lain gi umah mus lark. Diorang suruh tunggu kat MCD plak so tunggularh sekejap. Sampai sampai je zaki wat gila hahaha. Kitorang gi amek cheeroad pulak die tunggu kat UKM bangi punya bus stop haha.

Well anyway malam semalam memang terbaik~!! gahaha Barcelona menang real ke kubur woohoo!!

Rashid Ramali hot

Mus ngan Zaki senyuman manis

Kami tak tengok blue ye 

Marimar

Tetamu jemputan ustaz cheeroad

Order jap sebelum game start 

Hanip dan membernya, alip ngn wan

Inyut 

Thursday 14 April 2011

The AmpaCrew

Internet down for 2 days...huhu gladly its back

amirul hafeez kacak bergaya

abang bo comel tanpa berkata apa-apa

Hassan smart 

Cidah ayu

Abang Badr berkarisma

Add caption

Abang Taqi si pemikir

Salahudin pemandang jauh

kak hanim bersama bayi bukan miliknya


Monday 11 April 2011

The Next Gen! dan Our Gen!

                                                       

Assalamualaikum, so the story today happen late night yesterday..I went to the AMPAC  (AZ-ZAHRAH MULTI-INTELLIGENCE ACADEMY) at BTHO. I am one of the facilitator that work to make sure the BEEZ program went well. Basically the BEEZ program was made specially for students and kids that age 7-12. It teaches this kids to speak and in the same time we inserted the soul of the muslim inside their heart. 

Melentur buluh biarlah dari rebungnya, memang inilah program yang dapat menyuntik dan menyemai semangat cinta dan jihad dalam diri kanak-kanak sejak kecil. Cabaran dunia pada masa hadapan sepastinya sengit  dipenuhi dengan hiburan yang melampaui batasan agama dan berlebihan serta pergaulan bebas yang tidak terkawal dan lantas akan merosakkan Malaysia serta generasi-generasi yang seterusnya. 

This is what we are all concern about, THE GENERATION. We want them to lead the world as a leader that can lead millions of army to raise the dignity of our country to banish the corruptions. Oleh itu, aku melihat  kanak-kanak dan budak-budak ini umpama kertas yang bersih dan kita perlu menjadi contoh dan mencorak kertas tersebut dengan seni yang indah dan bernilai. Tetapi aku melihat sahabat-sahabatku dan bertanya kepada diriku sendiri "Bagaimana,bagaimana mereka ini mampu memberi contoh yang hebat dan baik kepada generasi seterusnya? Mereka sendiri ditelan dunia sedikit demi sedikit, nilai murni terhakis perlahan-lahan.". 

Not all of them are alike but there are some of them that we need to give a little bit more attention. Lets us pull them towards the right way. Who else that wanted to save and take care of our friends is its not us. "Maka binasalah mereka yang membiarkan sahabat mereka di dalam kehinaan" "Beringat-ingatlah sesama kamu agar kamu tidak leka dan sesat". Janganlah kita sombong dan mementingkan diri sendiri agar kita sama-sama berjaya dan mecapai Syurga yang hakiki. Ya Allah, jadikanlah kami umat Muhammad yang bersatu-padu dan mencintai saudara mara kami sebagaimana kami mencintai diri kami sendiri kurniakanlah kepada kami keimanan, keberanian, dan ketabahan hati agar kami tidak berpecah-belah dan terus bersatu-padu.

p/s: patutnya ade lagi photo-photo tetapi maklumlah internet di Malaysia ni hehe later the crew behind the scene will be unfold wuahaha


Sunday 10 April 2011

Martabatnya Menyentuh Awan

Perkara ini terjadi kepada seorang sahabat saya. Kisahnya begini, pendek sahaja tetapi ape anda akan rasa bila bf anda minta "muahx/mmmuah/muach" semasa sms? huh? perkara biasa bagi anda? Jadi saya nasihatkan dia jangan text benda-benda begitu kepada bf dye, kalo nak masuk jadi tunang baru boleh dapat. Perempuan dan wanita diluar sana harga diri dan martabat anda amat tinggi tidak ternilai mahupun tidak boleh dicari ganti.

Oleh itu jagalah ia dengan sebaik mungkin. Jangan biarkan lelaki-lelaki yang tidak bermoral dan tidak tahu menghargai wanita merobek martabat anda dan memijak kepala anda. Mengapa perkara ini terjadi? Bagi saya perkara ini terjadi kerana kurangnya rasa hormat seorang lelaki kepada wanita sehingga mampu meminta yang bukan-bukan. Mereka tidak hormat kesucian wanita sehingga meminta perkara-perkara yang bukan-bukan tetapi kalau dah bertunang atau kahwin itu lain kisahnya. Hehe. Jadilah wanita yang senantiasa menjaga kehormatan diri dan aurat. Istikharah jangan lupa yang paling penting restu ibu bapa. Kalau parents tidak redha tiada gunanya. "Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa" jangan pernah kita bila dah couple ke membelakangkan parents just bagitahu jer so jangan sorok-sorok daripada parents hehe



Berdoalah sesungguhnya doa adalah senjata kita

Saturday 9 April 2011

Hari-Hari Biasa

Okay~ jadi hahaha hari tiada ape-ape yang menarik sangat pun..jap jap jap!! ni ape!! owh inilah yang jadi harini kuang kuang kuangtan pahang nope ye seperti yang tertera di bawah...1markah je lagi!!!!!!! Owh sadis baca dan baca banyak gak salah hahha undang-undang jalan raya blargh~ mmg penting un but memang sangat diguna pakai di Malaysia ni ehem~ next!


Hahahahahahahahahahahahahah

haha hari ini tidaklah bosan seperti biasa adelah jugak berjalan-jalan ke testo...tesco! Testo?! ape tu? Nevermind benda tu memang tidak wujud hahaha ok ape yang menariknya di Tesco ni harini seperti biasa banyak orang dipenuhi dengan segala macam jenis manusia tidak kira usia muda atau tua (Universal) sayur segar cam biasa ikan fresh aje~ haish teman makcik gi beli barang dapur haha bukan selalupun jarang-jarang ape salahnya membantu makcik sendiri.
sedapnyer~~ jap belom masak lagi weyH!!

capsicum aku mmg ske sayur nih hijau,kuning,merah sedap~

paling xtahan tadi menusuk hidung hingga hati aah~
freshly baked baru gak kuar oven suam2 lagi

seriously roti ni lembut giler

lihatjer lar hahahha menarik cantik btol dyorang design simple je hehe
.

Thursday 7 April 2011

Keikhlasan Seorang Pemuda Terhadap Cintanya


Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."
Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.
Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.
Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."
Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...
Beberapa bulan kemudian...
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.
Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.
"Catrina?"
Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.
Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."
----------TAMAT------------
Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat pada hati dan kebaikan seseorang heh...mungkin zaman sekarang susah hendak jumpa lelaki begini tetapi masih ada dan berdoalah anda antara orang yang akan bertemu dengan lelaki seperti ini (berharap gak jadi camni haha) sama-sama kita berdoa (peringatan untuk mereka yang mencari pengajaran) 
ulasan selepas TAMAT -Ahmad Syukri Mohammad Amin [A.S.M.A]

Tuesday 5 April 2011

Credits to Shakirah Zaharudin hooray~ *clap clap

Hahah baca title post un dah tau an KHAS UNTUK SHAKIRAH ZAHARUDIN hahaha
Aku x tersangka-sangka yang ko akan tules pasal aku kat blog ko
ape-ape un berjuta terima kasih diucapkan atas nasihat-nasihat dan perlian yang berguna uh
saya dengan ini mengumumkan (jap salah teks hahahah) haha betul banyak yang betul especially
yang luar nampak ok tapi dalam belum tahu hahaha seriously bende ni agak effect aku dengan besar lar i mean
BESAR ok chill balek haha anyway aku dah makin ok days by days aku sibukkan diri aku ngan memacam benda so fokus aku dah dekat benda lain hehe naseb baik tak cuba buat benda pelik-pelik hahahah
pergh~ tanpa member-member susah gak nak hidup coklat!! yes yes bila aku nak bagi ko coklat nih hahaha
(lari topic *whoosh) haha thanx gak untuk OST anime uh haha menarik aku lark bagi ko urm ape yer menarik aku un tak pasti but hope ko layan lar jugak~ haha aku lebih kepada manga daripada anime but OST mmg menarik

Sunday 3 April 2011

Terlalu Dalam Maksudnya!!

Ok guys today is just a normal post so this time saya nak awak cuba dengar lagu ni INDIE BAND HUJAN



ok ok so lirik is there but seriously maksud terlalu dalam untuk difahami aku lar still memberi makna yang cukup besar, this is Indie.Hmm korusnya mengaitkan kita dengan Pak Pandir, korang sure tau perangai Pak Pandir camnekan? so cuba-cubalah faham liriknya hehe

Friday 1 April 2011

Bunga sudah disunting...

Assalamualaikum, post kali ni kisah lama yang aku bawakan dari PLKN sehingga tadi baru terjadi.....

Namanya Nurul Zarinna Bt Mahmud. Kelahiran Sarawak. Mula-mula aku datang ke PLKN tidak terniat atau terlintas sedikit pun dalam hati ini untuk menyukai sesiapa..

Namun, dia datang kepadaku..amat aneh kerana inilah kali pertama seorang perempuan jujur mengaku minat kat aku...aku terkilan tapi aku masih belum percaya..

Tahun baru Cina..dia sms aku di rumah..mengatakan segalanya...aku berkenalan dengan dia..

Dia ada hati kat aku dan aku un sama...so sehingga 10 hari lepas segalanya bermula..

Dia off phone..secara tiba-tiba aku rasa pelik dan pelik...aku try contact tiap-tiap hari...

In the end, aku baru tahu tadi dia akan bertunang 27 April nih...10 hari hilang sebab aku jugak..sedih dan tak sanggup nak bagitau aku...macam-macam jadi la tu....Aku memang tahu dia tak nak main-main kan aku cuma takdir Allah dah tetap disitu...Aku hanya mampu berdoa yang terbaik untuk dia..Selamat tinggal..

Berkecai gak la aku nih..tengah makan tanah gak jatuh nya....moral ngah down giler.....naseb baik xde pisau sebelah aku ke hahha......

"Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik" surah Annur

Semoga aku pulih cepat...amin~

Thursday 31 March 2011

Mengapa Wanita perlukan lelaki?


Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.
Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.
Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.
Tetapi lelaki yang baik, jika tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok-belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita sebagai wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua. Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.
Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa. Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.
Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.
Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah.
dipetik daripada Artikel iluvislam.com
(Iktibar untuk mereka yang mencari jalan lurus)

Wednesday 30 March 2011

Trip MidValley

Hari ni jalan pergi Mid Valley. Aku keluar umah awal gile sampai kat stesen komuter pukul 8.30 pergh ingatkan budak-budak lain kuar awal gak padahal aku paling awal haha. So naik lar tren..ada seorang remaja sedang tidur kat atas kerusi, kerusi sebelah dia ni pulak dia pergi letak beg bagasi kepunyaan dia. Syok jer tidur sebelah dia pulak ader awek dia lar (pheeweett~ xcun pun). Sampai stesen Kajang ada serorang autie cina naik komuter bawak beg sandang. Mamat ni pulak selamber badak buat tak tahu. Semua belia dalam komuter dah pandang dah mamat ni aku pulak betul-betul depan mamat ni. Mamat ni terjaga tiba-tiba so aku pun cakap "Bang beg alihkan boleh auntie ni nak duduk" baru la nak alihkan...Remaja la katakan NO WAY! Mungkin ini sikap remaja sekarang tapi bukan semua orang. Bertimbang rasalah sikit, hormat yang lebih tua. Pemangkin negara rosak, siapa nak pacu negara?

Sampai kat Mid breakfast ar nasi lemak ayam. Abang Sam punya nasi lemak lagi sedap haha. Lepas tu apa lagi jalan-jalan lar gi Gardens jap tak jumpa yang muka melayu sangat cina je penuh (loadedlakan) Terserempak ngan Zaki,Bean dan Boek. Lepak-lepak jap sume ngantok haha (datang mid semata-mata nak tidur)
After that, jumpa lar Azman,Tiqa dan Tora haha dan pergi arcade,surau,bowling balik umah. Owh jumpa member PLKN hehe.

Masa balik, komuter macam tin sardin yang boleh muat 2 potong ikan tapi korang sumbat 20 potong ikan WTH dada aku kene tekan ngan mamat negro sesak nafas beb haha (belum rusuk bertemu rusuk)

So bila nak kuar lagi weyh!!?

gembira sungguh bermain mender ni zaki lepok sket

bergaya! acit star celah kangkang uh haha

sedap woi!

Ai bang kalah kat arcade
belanjer lar makan haha

                        
emm~
                                    
 
bowling anep gembira lagi 

kacak2 control hahaha comel syioot!

fawwaz dengan kepantasan kilat melepaskan bola bowling mistik markah top bai!

mereka gembira ashu alala 

Azman dan Tora 

Poser hebat ceh hehe

ashu ngan pipah juara longkang? hahah lek lek gurau