This My Cool Friends

Wednesday 27 April 2011

Failure~But edible and yummy

Eh sarapan roti jer hmm~
So dengan harapan nak makan sedap-sedap sikit aku pun ke dapur dan awalnya nak goreng telur. Time ni minyak dah panas tapi rupanya telur dah ABES!! -__-ll

Alamak~ minyak dah panas nih. Akhirnya aku amek butter+cheese+susu HL+daun basil. @_@ ape nih!!?

Ini adalah satu daripada experiment memasak aku dan kalini. It was a failure tapi still it was delicious when eaten. Cheese tu dah jadi cam daging so sedap gak ar haha nampak gayanya aku still need MORE practice! 
haha 
Ni salah satu exp sebelum ni dah ini mmg sedap :) haha

Ni yang pagi tadi sedap lar jugak tapi leh makan dua keping roti jer yang ketiga aku dah start BHUARFg~ muak

Terbaik malam tadi :D

Woohoo
"Hello,assalamualaikum,mus weyh ko pergi join budak-budak ke malam nih?"
"Aaah ko jadi tak? Aku nak datang amek"

Pergh memang aku tak sangka aku dapat kuar memalam buta kol 2345 cuak niyh lom tanyer bapak aku lagi. Ingatkan mula-mula tak bagi skali tanye dapat pulak! :) :) aah gembira kepalangnya bukan. Pack kasut,tukar baju tunggu mus datang

Lama gak ar tunggu busy dak uh haha tapi asalkan datang ok lar.

Naik keta pastu ngat nak teros pergi tapi dak2 lain gi umah mus lark. Diorang suruh tunggu kat MCD plak so tunggularh sekejap. Sampai sampai je zaki wat gila hahaha. Kitorang gi amek cheeroad pulak die tunggu kat UKM bangi punya bus stop haha.

Well anyway malam semalam memang terbaik~!! gahaha Barcelona menang real ke kubur woohoo!!

Rashid Ramali hot

Mus ngan Zaki senyuman manis

Kami tak tengok blue ye 

Marimar

Tetamu jemputan ustaz cheeroad

Order jap sebelum game start 

Hanip dan membernya, alip ngn wan

Inyut 

Thursday 14 April 2011

The AmpaCrew

Internet down for 2 days...huhu gladly its back

amirul hafeez kacak bergaya

abang bo comel tanpa berkata apa-apa

Hassan smart 

Cidah ayu

Abang Badr berkarisma

Add caption

Abang Taqi si pemikir

Salahudin pemandang jauh

kak hanim bersama bayi bukan miliknya


Monday 11 April 2011

The Next Gen! dan Our Gen!

                                                       

Assalamualaikum, so the story today happen late night yesterday..I went to the AMPAC  (AZ-ZAHRAH MULTI-INTELLIGENCE ACADEMY) at BTHO. I am one of the facilitator that work to make sure the BEEZ program went well. Basically the BEEZ program was made specially for students and kids that age 7-12. It teaches this kids to speak and in the same time we inserted the soul of the muslim inside their heart. 

Melentur buluh biarlah dari rebungnya, memang inilah program yang dapat menyuntik dan menyemai semangat cinta dan jihad dalam diri kanak-kanak sejak kecil. Cabaran dunia pada masa hadapan sepastinya sengit  dipenuhi dengan hiburan yang melampaui batasan agama dan berlebihan serta pergaulan bebas yang tidak terkawal dan lantas akan merosakkan Malaysia serta generasi-generasi yang seterusnya. 

This is what we are all concern about, THE GENERATION. We want them to lead the world as a leader that can lead millions of army to raise the dignity of our country to banish the corruptions. Oleh itu, aku melihat  kanak-kanak dan budak-budak ini umpama kertas yang bersih dan kita perlu menjadi contoh dan mencorak kertas tersebut dengan seni yang indah dan bernilai. Tetapi aku melihat sahabat-sahabatku dan bertanya kepada diriku sendiri "Bagaimana,bagaimana mereka ini mampu memberi contoh yang hebat dan baik kepada generasi seterusnya? Mereka sendiri ditelan dunia sedikit demi sedikit, nilai murni terhakis perlahan-lahan.". 

Not all of them are alike but there are some of them that we need to give a little bit more attention. Lets us pull them towards the right way. Who else that wanted to save and take care of our friends is its not us. "Maka binasalah mereka yang membiarkan sahabat mereka di dalam kehinaan" "Beringat-ingatlah sesama kamu agar kamu tidak leka dan sesat". Janganlah kita sombong dan mementingkan diri sendiri agar kita sama-sama berjaya dan mecapai Syurga yang hakiki. Ya Allah, jadikanlah kami umat Muhammad yang bersatu-padu dan mencintai saudara mara kami sebagaimana kami mencintai diri kami sendiri kurniakanlah kepada kami keimanan, keberanian, dan ketabahan hati agar kami tidak berpecah-belah dan terus bersatu-padu.

p/s: patutnya ade lagi photo-photo tetapi maklumlah internet di Malaysia ni hehe later the crew behind the scene will be unfold wuahaha


Sunday 10 April 2011

Martabatnya Menyentuh Awan

Perkara ini terjadi kepada seorang sahabat saya. Kisahnya begini, pendek sahaja tetapi ape anda akan rasa bila bf anda minta "muahx/mmmuah/muach" semasa sms? huh? perkara biasa bagi anda? Jadi saya nasihatkan dia jangan text benda-benda begitu kepada bf dye, kalo nak masuk jadi tunang baru boleh dapat. Perempuan dan wanita diluar sana harga diri dan martabat anda amat tinggi tidak ternilai mahupun tidak boleh dicari ganti.

Oleh itu jagalah ia dengan sebaik mungkin. Jangan biarkan lelaki-lelaki yang tidak bermoral dan tidak tahu menghargai wanita merobek martabat anda dan memijak kepala anda. Mengapa perkara ini terjadi? Bagi saya perkara ini terjadi kerana kurangnya rasa hormat seorang lelaki kepada wanita sehingga mampu meminta yang bukan-bukan. Mereka tidak hormat kesucian wanita sehingga meminta perkara-perkara yang bukan-bukan tetapi kalau dah bertunang atau kahwin itu lain kisahnya. Hehe. Jadilah wanita yang senantiasa menjaga kehormatan diri dan aurat. Istikharah jangan lupa yang paling penting restu ibu bapa. Kalau parents tidak redha tiada gunanya. "Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa" jangan pernah kita bila dah couple ke membelakangkan parents just bagitahu jer so jangan sorok-sorok daripada parents hehe



Berdoalah sesungguhnya doa adalah senjata kita

Saturday 9 April 2011

Hari-Hari Biasa

Okay~ jadi hahaha hari tiada ape-ape yang menarik sangat pun..jap jap jap!! ni ape!! owh inilah yang jadi harini kuang kuang kuangtan pahang nope ye seperti yang tertera di bawah...1markah je lagi!!!!!!! Owh sadis baca dan baca banyak gak salah hahha undang-undang jalan raya blargh~ mmg penting un but memang sangat diguna pakai di Malaysia ni ehem~ next!


Hahahahahahahahahahahahahah

haha hari ini tidaklah bosan seperti biasa adelah jugak berjalan-jalan ke testo...tesco! Testo?! ape tu? Nevermind benda tu memang tidak wujud hahaha ok ape yang menariknya di Tesco ni harini seperti biasa banyak orang dipenuhi dengan segala macam jenis manusia tidak kira usia muda atau tua (Universal) sayur segar cam biasa ikan fresh aje~ haish teman makcik gi beli barang dapur haha bukan selalupun jarang-jarang ape salahnya membantu makcik sendiri.
sedapnyer~~ jap belom masak lagi weyH!!

capsicum aku mmg ske sayur nih hijau,kuning,merah sedap~

paling xtahan tadi menusuk hidung hingga hati aah~
freshly baked baru gak kuar oven suam2 lagi

seriously roti ni lembut giler

lihatjer lar hahahha menarik cantik btol dyorang design simple je hehe
.

Thursday 7 April 2011

Keikhlasan Seorang Pemuda Terhadap Cintanya


Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."
Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.
Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.
Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."
Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...
Beberapa bulan kemudian...
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.
Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.
"Catrina?"
Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.
Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."
----------TAMAT------------
Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat pada hati dan kebaikan seseorang heh...mungkin zaman sekarang susah hendak jumpa lelaki begini tetapi masih ada dan berdoalah anda antara orang yang akan bertemu dengan lelaki seperti ini (berharap gak jadi camni haha) sama-sama kita berdoa (peringatan untuk mereka yang mencari pengajaran) 
ulasan selepas TAMAT -Ahmad Syukri Mohammad Amin [A.S.M.A]

Tuesday 5 April 2011

Credits to Shakirah Zaharudin hooray~ *clap clap

Hahah baca title post un dah tau an KHAS UNTUK SHAKIRAH ZAHARUDIN hahaha
Aku x tersangka-sangka yang ko akan tules pasal aku kat blog ko
ape-ape un berjuta terima kasih diucapkan atas nasihat-nasihat dan perlian yang berguna uh
saya dengan ini mengumumkan (jap salah teks hahahah) haha betul banyak yang betul especially
yang luar nampak ok tapi dalam belum tahu hahaha seriously bende ni agak effect aku dengan besar lar i mean
BESAR ok chill balek haha anyway aku dah makin ok days by days aku sibukkan diri aku ngan memacam benda so fokus aku dah dekat benda lain hehe naseb baik tak cuba buat benda pelik-pelik hahahah
pergh~ tanpa member-member susah gak nak hidup coklat!! yes yes bila aku nak bagi ko coklat nih hahaha
(lari topic *whoosh) haha thanx gak untuk OST anime uh haha menarik aku lark bagi ko urm ape yer menarik aku un tak pasti but hope ko layan lar jugak~ haha aku lebih kepada manga daripada anime but OST mmg menarik

Sunday 3 April 2011

Terlalu Dalam Maksudnya!!

Ok guys today is just a normal post so this time saya nak awak cuba dengar lagu ni INDIE BAND HUJAN



ok ok so lirik is there but seriously maksud terlalu dalam untuk difahami aku lar still memberi makna yang cukup besar, this is Indie.Hmm korusnya mengaitkan kita dengan Pak Pandir, korang sure tau perangai Pak Pandir camnekan? so cuba-cubalah faham liriknya hehe

Friday 1 April 2011

Bunga sudah disunting...

Assalamualaikum, post kali ni kisah lama yang aku bawakan dari PLKN sehingga tadi baru terjadi.....

Namanya Nurul Zarinna Bt Mahmud. Kelahiran Sarawak. Mula-mula aku datang ke PLKN tidak terniat atau terlintas sedikit pun dalam hati ini untuk menyukai sesiapa..

Namun, dia datang kepadaku..amat aneh kerana inilah kali pertama seorang perempuan jujur mengaku minat kat aku...aku terkilan tapi aku masih belum percaya..

Tahun baru Cina..dia sms aku di rumah..mengatakan segalanya...aku berkenalan dengan dia..

Dia ada hati kat aku dan aku un sama...so sehingga 10 hari lepas segalanya bermula..

Dia off phone..secara tiba-tiba aku rasa pelik dan pelik...aku try contact tiap-tiap hari...

In the end, aku baru tahu tadi dia akan bertunang 27 April nih...10 hari hilang sebab aku jugak..sedih dan tak sanggup nak bagitau aku...macam-macam jadi la tu....Aku memang tahu dia tak nak main-main kan aku cuma takdir Allah dah tetap disitu...Aku hanya mampu berdoa yang terbaik untuk dia..Selamat tinggal..

Berkecai gak la aku nih..tengah makan tanah gak jatuh nya....moral ngah down giler.....naseb baik xde pisau sebelah aku ke hahha......

"Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik" surah Annur

Semoga aku pulih cepat...amin~