This My Cool Friends

Wednesday, 29 August 2012

Terlupa

Assalamualaikum, waaaaaaaaah lama sangat tak updatenya kenape? Serius, terlupa ada blog. =__= Adus boleh pulak lupakan? haha. Macam-macam cerita dah jadi, hehe tapi takpe teruskan dengan cerita-cerita baru, yang lama jadikan teladan dan memori hewhew~

Friday, 30 March 2012

Habisnya satu bab kehidupan :)

Assalamualaikum, salam sejahtera kepada anda semua :) bertemu saya lagi dalam rancangan~ HAHA macam mc program televisyen

Dah hampir seminggu habis asasi baru aku nak update blog ni? usang sungguh hahaha

Perasaan, perasaan habis asasi? banyak gak orang tanye aku bende ni, jawapan aku bercampur baur :)
sedih+suka+gembira+rindu

Aku rindu dak2 umah dan kelas, hahha aku rindu dak2 klas aku walaupun aku slalu tido dalam lecture hall, aku gembira gila bila dapat fotostat dan uruskan klas, sorry kekadang dapat kertas xcukup atau agak lambat, malam jamuan akhir banyaknye yang nangis berpelukan hahaha 4 orang laki, 24 orang perempuan :) malam tu tinggal 3 laki dan 21 perempuan, benci btol ngan pendatang asing malam tu, okay stop sampai situ, sambung, suka senanye aku tengok korang nangis sedeh2, nampak la keakraban korang, harap2nya korang semua tros berkomunikasi sampai bila-bila dan berjaya dunia akhirat :) F2 semuanya baik2 belaka, Thank you sebab support aku :D

Owh aku terima komen dan nasihat gak malam tu "syuk ko ni terlalu baik la, hati-hati nanti takot orang salah faham, terguris hati". Ya, aku sedar benda tu and aku cuba ubah thanx menasihati :)

Housemate lak - aku ade dua bilik, satu bilik aku yang original, 2nd bilik ruang tamu rumah depan :D HAHA A2806 menjadi rumah aku juga sebab ape? ape? sebab aku selalu lepak kat situ study dan riadah v'games, owh dota~ Rindu dak2 dota ;) penambahan aku dalam rumah tu menyebabkan rumah tu ade 9 housemate, aku yang ke-9 dan aku lah yang selalu menjaga pintu pada malam hari sebabnya lagi? aku tidur di karpet yang dibawa oleh Ikram,paling suka serangga ;) Zahin pemidato mantap!, Anwar kon~ melayan cerita jepon ngan dia dan tengok dia mengasap haha, Aidil keding patung bulian aku, memang best gila buli dia haha, Hafiz teman gamers terbaek, Izzat handsome dan makin jadi hot setap akhir2 nak abes sem haha, Zulashraf penggemar ikan virtual dan penternak kucing :), Ariff ni abang telor! haha terbaek la sponsor booze terbaik dan classmate aku dan partner aku time makan sambil layan How I Met Ur Mother :) best gila haha brah~ korang sume mmang gempak la! :)

Dekat nak habis asasi, adela beberapa orang yang tanye aku ngan cik C cane. Haha soalan tak leh bla aku kawan biasa je dengan dia, "Mesti ade something special kan!?" mane lak datang suara nih!? haha sekarang takde, cik C ni lah yang selalu support aku time susah senang sem1 dan sem2, time habes sem1 aku ingat dah tanak sambung lagi nak amek diploma, follow jejak Amin ( classmate aku yang amek SPA), tapi tak jadi, terima kasih untuk nasihat itu :) so aku troskan la ke sem2 haha, Owh D, ni kawan aku gak yang selalu suka bagi aku makan kek batik dia haha, dia ade bagi satu kisah kat aku,

Alkisahnya, "Ade satu orang lelaki bertanyakan kepada gurunya tentang cinta, apenye nate cinta nih? haha maka gurunya menyuruh mamat nih untuk berjalan teros di atas padang yang dipenuhi dengan bunga-bunga yang indah, dengan syarat! jalan straight dont belok2 cannot U-turn dan boleh petik satu je bunga yang mamat nih rasa paling cantik, next! mamat ni buatla seperti yang disuruh, dia jalan dan terus berjalan sampai dia tiba dekat satu bunga nih, cantiknya bunga ni~ dia nak petik, tapi, dia pandang depan, tengok depan banyak lagi bunga luas lagi padang nih! maka dia memilih untuk terus berjalan dan biarkan bunga tadi, bila sampai hujung padang, takde satu pon bunga yang secantik atau lebih cantik dari bunga yang dia jumpa tadi! jadi gurunya cakap, itulah cinta wahai anak didikku" ade pahe mung? tak jumpo dah sebaik yang jumpo dulu, mung carik pasal tinggalkan gitu je, hah sekarang nyesal mung! Haha gitu laaaa

Cik C ni special, "Kenape plak ape bezanya ngan orang yang dulu kau suka?" suara ni lagi~!! adess. Istimewanya dia ni sebab, aku kenal dulu baru aku suka, 1st time pandang, rupa biasa, cantik, tapi takde la putih melepak cam bidadari (sol kenal) HAHA, kenal punya kenal, peribadinya baik, ilmu agamanya banyak, keturunan yang baik, haha, aku ni plak berbeza ngan dia,

Kalau ko terbaca atau membaca, Cik C, terima kasih untuk semua nasihat dan pertolongan yang diberikan :) aku sedar aku tak tahu apa yang terbaik untuk kau dan ape yang terbaik untuk aku, Allah sahaja yang tahu, semoga bahagia dunia akhirat, aku doa ko dikurniakan yang terbaik dari Allah :) maaf untuk silap salah yang aku buat, perangai aku yang tah pape, lidah yang lembut tapi mampu mengguris hati, ko nampak ape yang aku tak nampak  dan ko pilih jalan yang betul :)

OOOOKAAAYYYYY~ dah update blog ni, :) fuuh~ nanti update lagi time cuti ni senang sket aku nak mengupdate :D yeah~ Assalamualaikum, semoga bertemu lagi di masa yang sama pada waktu yang sama HAHA

Friday, 2 March 2012

Approaching The Last Checkpoint

Assalamualaikum,

Ya Allah dah nak habis asasi pejam2 celik2 menung2 dah nak habis!!

Okay tinggal beberapa minggu je lagi pastu habis. Rasa agak sedih jugak, bukan agak mmg sedih pun
Aku dah la class rep terasa gak ar dah nak abes asasi. Pasni sapa la plak yang bawak anak-anak buah aku nih!
Huhuhu okay aku mmg akan rindu anak-anak buah aku dan lecturer yang baik sporting habis~!

Xpe la cukup dulu takat nih, ukhuwah dijaga dan dibawa sepanjang zaman. AKU RASA UNTUNG GILA ADA ANAK_ANAK BUAH CAM KORANG SEMUA!! :D BEST GILA *gedix sket BESH GLEW!!!

F2 THE BEST!!!! :3

Saturday, 18 February 2012

Tolonglah!!

TOLONGLAH SYUK JANGAN GIVE UP!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 

Saturday, 31 December 2011

@)!@ = 2012 mengganti 2011 = @)!!

Assalamualaikum! Ye tahun baru dah sekarang ni jadi? 2011 dah kebelakang muncul 2012 TETAPI, adakah kita semua akan kekal sama seperti berada di 2011?

hehe saja je bagi persoalan

Tahun 2011 ni banyak meninggalkan kenangan kat aku, pahit yang mmg pahit habis! manis yang mmg sangat manis :) tapi itu semua dah lalu jadi yang lepas tu lepaslah kena maju ke depan, yang tinggal belakang ni nak toleh boleh, amek pengajaran dan peringatan untuk hadapi ujian 2012 pulak.

So jom imbas 2011 aku jap, yang pahit ke yang manis dulu ni? hmm~ lepas rasa pahit baru kenal manis betul tak? so pahit dlu lar :)

Kenangan Pa-heat 2011 - Awal tahun, dapat masuk PLKN hahaha, lepastu~, owh pasal budak yang               bertunang tu ;), next! banyak dah masuk dalam part belajar time asasi, pointer yang hampeh...adess, sem 2 lak frustration pada awal sem yang trok (: I) mmg trok! banyak lagi yang jadi tapi dah digest pastu buang so tak ingat hahahaha

Kenangan Ma-niece 2011 - PLKN un ade gak kenangan ma-niece nya, dapat kenal ngan dak tu HAHA, dapat friends baru dan kenal banyak orang, banyak belajar new things and stuff, after that SPM yay alhamdulillah xtrok sangat okay lar, next is dapat pergi foundation alhamdulillah dapat gak further study walaupun tak tau nasib asasi ni skarang HAHA! (-__-lll), so asasi lagi, dapat la aku wat kawan baru banyak jugak dari negeri yang berbeza, owh Leha un kelas aku wah! xsangka! HAHA sol~ xleh bla, akhir sem1 ehem,hmm,ehem ehem, HAHA jumpa orang lain pulak~  penolong kelas aku haha, doalah ape-ape yang baik ya ;p

So untuk 2012! Harapan aku, kira wish la ni, nak jadi lebih baik dari 2011 dan aku jugak mendoakan saudara-saudara menjadi lebih baik untuk 2012, yang xpakai tudung tu boleh la cuba-cuba pakai tudung, xpe just give it a try, mane tau tiba-tiba rasa selesa dan cintakan hijab? :) Tutuplah aurat sebelum ditutup dgn kain kapan. Aku jugak mengharapkan kita sesama muslim untuk saling mengingati, siapa lagi yang nak jaga muslimin dan muslimah yang lain kalau bukan kita sendiri, berpesan-pesanlah kepada kebaikan. Hehe semua ni peringatan untuk saudara-saudara yang aku cintai dan untuk diri aku jugak :) amin, insyaAllah

Itu je untuk post kali!! :) Assalamualaikum~

Wednesday, 28 December 2011

Coretan Berisi

Assalamualaikum, whats up guys? its just some cloud. Just some cloud? come on! it give us shade and make the rain fall on us and you just say it just some cloud? Be grateful.

So basically, tiada idea untuk menaip blog jadi merepeklah saya ya tapi bermanfaat sikitlah repekannya.

Jadi, kadangkala kita rasa hidup kita susah, tak bermaya macam zomba zombi. Benda ni jadi jugak dekat aku, tapi dalam masa-masa susah camni, aku terfikir orang yang lagi susah daripada aku, banyak, sangat banyak orang yang kehidupannya lebih sukar berkali-kali ganda daripada aku, yang mungkin! kalau aku ditempatkan ditempat mereka aku tak akan dapat hidup.

Setiap manusia diuji dengan perkara yang berbeza oleh Allah. Sesungguhnya ujian yang datang adalah tanda kita masih disayangi oleh Allah. Janganlah asyik kita membandingkan diri kita dengan orang lain, sebaliknya bersyukurlah dengan apa yang kita ada sebelum Allah menariknya kerana kejahilan diri sendiri.

InsyaAllah, peringatan ini untuk diri saya sendiri dan mereka yang membaca atau terbaca. Alhamdulillah!

Friday, 23 December 2011

Again, cek cek testing~

Assalamualaikum, okay again, lama gila tak update blog nih!! Busy? bolehlar setelah hampir sebulan tidak online karena internet tiada dan tiada kesempatan haha

Lama tak balek rumah, tau tau jer adek aku dah pandai masak, sedap plak tuh! hahah bubur lambuk la macam2 lar budak ni masak, tapi time aku takde cane nak rasa!! Meh, masak lagi woi!

Unifi bermaharaja lela dalam rumah ni sekarang oh yeah! tapi agak xstabil lagi normal la benda baru kan lama okay lar tuh.

Oh penambahan ahli keluarga :) bukan aku kahwin, Sepupuku selamt melahirkan anaknya!! Seorang lelaki yang diberi nama Aidan Wah~ comel gila budak nih tapi kecik je budak nih 2.7 KG time lahir, quite normal i guess aku pun time lahir 3KG  sekarang, maintained at 70KG HAHA

Owh sem2 ni mmg tough tak tipu aku frustrated banyak kali, rasa tension gila nak breakdown pun ade but alhamdulillah aku jumpa semangat baru yang buat aku rasa nak blaja je tiap2 masa :). Cha, (nama orang nih) banyak tolong aku time2 camni, sangat membantu, but kalo aku sendiri tak tolong diri aku siapa lagi nak tolong kan? haha dalam masa2 camni aku belajar untuk sabar sabar dan terus bersabar. Selagi hidup selagi itulah ujian dari Allah akan datang.

Okay rasanya takat ni dululah aku update nnt aku update lagi insyaAllah~ Owraite!